Thursday 25 October 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha :)

Assalamualaikum :D kenal lagi tak? rindu tak? hahaha, lama ta update :') rindu gila kat blog yang dah usang ni haaaa :> apa khabar sayang-sayang ku ini. sihat? Efah sihat jeee :) Efah nak cerita pasal yang sebelum-sebelum ni pun panjang. Better tak payah cerita xD buat apa nak tau :p sebok ja. ahahahahha

Anyway, esok 26 Oct 2012 raya Haji kan? Okay SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua yang beragama ISLAM :) And HAPPY EID ADHA buat yang tak paham bahasa melayu :p Raya kali ni ramai yang nak ajak Efah g raya rumah diorang. Alalalala, baik nya hampa ni :D tapi aku tetap confius nak keluar dengan sapa -.-' LOL macam VVIP baq hangg :3 nak raya dengan Ila tapi geng Pidoih ajak g raya dengan diorang :( Acano ni ? Okay esok jelah aku buat keputusan :3 Ceeewwaaahhh hahaha. Btw, raya ni hampa baju warna apa? Efah kuning BERSIH hahahhahahahhahahhahha shuuuu diammm. Nanti polis tangkap Efah narla tak boleh nak raya Haji. Ni haaa, family hampa ada tak yang buat Haji tahun ni? :D Mesti seronok kan ? :') Untunglaaa, famliy Efah tahun ni tadak rezeki nak p Haji. Hope Haji yang ditunaikan menjadi Haji yang Mambrok *betulkah ejaannya* hahahaahhahha buat malu ja. Harap ja kelas RKA (Aliran Arab) tapi tatau eja :p Biasa la kan? huhuhuhu :3 Okay Efah dah penat update sampai chat ta balas, tweet ta reply, text ta reply, ask ta jawab. hahahahaha power kan? eh? apa kena -.- LOL punya Efah.

Sampai sini saja jodoh pertemuan kita :D
Bye, Assalamualaikum :)

Sincerely,
Afifah Azizzzzz <3

Wednesday 21 March 2012

Outing with Friends :)

Assalamualaikum, hi guyss. Sorry dah lama ta update blog efah yang dah usang ni :) maklumla busy. Kan efah ni dah jadi Pmr Candidates *tangan di dada mata ke atas* hahahaha :p hari ni efah nak cerita, cerita yang paling happening sampai pening pening hahaha.

Dalam dua tiga hari ni, efah selalu keluar dengan kawan kawan efah, Ona, Aban, Ewan, Ijai, Muati, Shahidan, Epul, Anip, and others. Nak cakap tapi terlalu ramai. kitaorang pergi lepak dekat "Bubble Gurt" Kitaorang buad kedai tu macam kedai bapak kitaorang pulak. Bising gila baq hang. Kalau korang ada dengan kami, mesti korang malu xp *tutup muka tutup muka* haha.

Other day, kitaorang cadang nak pergi "Bubble Gurt" lagi tapi syang, ramai orang sangat masa tu. then kami pun p la "Old Town"Cewaahh time tu punya la riuh nak makan ni nak makan tu , pastu tempat kami tu agak sempit, pindah la tempat. Okayy pilih lagi nak makan apa? kayy nak ni nak tuuu.. hahah, ada la kawan efah ni agak cerewet sikit, "wehh, jum la p makan tempat lain ta best la dekat sini" pulakkk dahh, haha. Kami pun ikut la cakap dya. seterusnya kami pun p la makan dekat "KFC" dekat situ kami makan makan then datang la kakak cun ni. tetiba dya lempak kunci moto dekat kami then menangis, dya kata "babi punya cina, ada dya langgar aku pastu blah macam tu ja, dah la aku sikit lagi nak kena langgar dengan kereta" kakak  cun tu kakak ona actly :p. sian dya kannn dah la ayah dya garang :( nasib baik ada abang abang handsome tolong, aban, muati, epul. Ona dengan eymahh kena la lepak dekat rumah aku sekejap. Kesian kannn. Okayy lepak p repair moto tu, diorang punn balikk. hahahha duet yang kena keluar agak agak berapa? haaa.. ta silap efah kan dalam seratus lebih la kod.
Okay larhh ta larat nak menaip dan mencerita kan kisah kisah yang ta penting ni :p okayy byeee. see you in next post <3

Saturday 24 December 2011

Hari Natal !

Assalamualaikum,
Hey awak awak sekalian :D Efah disini. Ceewahhh, haha :)
Hari natal kan nak dekat dah kan. So, Efah ni kan orang Islam. Efah tau reader-reader dekat luar sana tu pun Islam and ada jugak yang kristian dan sebgainya. But, this post for MUSLIM :) thank  you. Efah nak kasi tau serba sedikit ilmu yang Efah dapat and Efah nak kongsi ilmu ni dengan korang. Sebab, kata orang tua. Kita tidak boleh kedekut ilmu sebab nanti ta berkat. haha kannn :)
Now, sila la baca, BACA kayy. Jangan ta baca pulak. selamat membaca (Y)

Adalah menurut kehendak Allah seperti dirakamkan di dalam Kitab-Nya, supaya manusia hidup mengenali satu sama lain dan aman damai.

Hari Natal dirai untuk memperingati kelahiran Nabi Isa, yang dipercayai berlaku di antara 7 dan 2 SM. Tanggal 25 Disember pula tidak difikirkan sebagai tarikh sebenar kelahirannya, dan tarikh tersebut telah dipilih untuk secocok dengan suatu perayaan Rom musim sejuk, iaitu ibadah menyanjung Mithra, yang popular di kalangan golongan tentera mereka.

Para pengkaji al-Qur'an pula turut mengatakan tarikh tersebut bukan tarikh Isa dilahirkan berdasarkan ayat di mana Mariam disuruh "Goyangkanlah kepada kamu batang palma; ia akan menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak" (19:25) ketikan dia dalam kesakitan sejurus sebelum melahirkannya. Mereka berpendapat waktu buah kurma mudah digugurkan dengan mengoyangkan batang pokoknya adalah bukan bulan Disember tetapi Oktober (kalau kami tidak silap).

Apapun, mereka telah menetapkan untuk memperingati kelahiran Isa dan memilih tanggal 25 Disember sebagai hari meraikannya.

Kelahiran Isa, seoang Nabi Islam yang membawa Kitab Allah, adalah suatu mukjizat, tanda kebesaran-Nya, disebut di dalam al-Qur'an, dan dipercayai oleh semua orang Islam kerana wajib mempercayainya. Kalau orang-orang Islam enggan meraikan kejadian besar itu, mengapa pula memfitnah orang-orang yang ingin berbuat demikian? Fitnah dibangkitkan oleh para ulama mereka dengan fatwa haram bukan sahaja untuk meraikannya malah mengucap Selamat Hari Natal pun haram juga.

Pertanyaan diteruskan. Mengapa pula meraikan kelahiran Nabi Muhammad, yang turut tidak disuruh Allah? Adakah kerana al-Qur'an? Bagaimana pula dengan Injil yang juga wajib dipercayai?

Atau sengaja ingin membezakan antara Nabi-Nabi-Nya? Tidakkah ada disebut larangan ke atas amalan membeza-bezakan para Nabi Allah di dalam mana-mana kitab yang mereka imani? Jawapannya, tentu tidak ada.

Tetapi di dalam Kitab Allah ada. Al-Qur'an menyebutnya bukan sekali sahaja, malah lebih daripada itu, seperti berikut:

        "Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang                           diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.'" (2:136)

        "Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.'" (3:84)

Dan bagi rasul juga dua kali (bukankah Isa seorang rasul Allah?):

        "Rasul percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang  percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. "Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara rasul-rasul-Nya." Mereka berkata,"Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan.'" (2:285)

        "Dan orang-orang yang percaya kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan mereka tidak membeza-bezakan antara seorang pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan memberikan mereka upah mereka; Allah adalah Pengampun, Pengasih." (4:152)

Kalau disebut hanya sekali boleh beri alasan terlepas pandang. Tapi kalau empat kali, apakah pula alasan untuk membezakan para Nabi dan rasul Allah? Alasannya tiada lain, melainkan "Kami dengar dan kami menentang".

Ayat-ayat Allah diajar supaya diingkari. Tambahan kepada ayat-ayat tadi fatwa tersebut turut menyuruh orang-orang Islam hidup bertentangan dengan ajaran al-Qur'an. Sehubungan itu, kami rujuk artikel Etiket Hidup Anjuran Quran karangan Azahidi (terima kasih sahabat!), dan petik beberapa tajuk kecil, yang kemudiannya kami selitkan sedikit ulasan supaya maksud kami menjadi jelas, dan mereka disenaraikan di bawah ini:

1) Buat Kebaikan

Yang betul, untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa bagi mereka upah yang baik, (18:2)

Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan upah orang yang amalannya baik. (18:30)

*Ulasan Kami:
Memberi ucap Selamat Hari Natal dan berkunjung ke rumah apabila dijemput, pada hemat kami, adalah melakukan kerja kebaikan.


2)Berkata-kata Dengan Baik

Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah membuat persamaan? Kata yang baik seperti pokok yang baik - akarnya teguh, dan cabangnya di langit, (14:24) Ia memberikan hasilnya setiap masa dengan izin Pemeliharanya. Begitulah Allah membuat persamaan-persamaan bagi manusia supaya mereka mengingati. (14:25)

*Ulasan Kami:
Memberi ucap Selamat Hari Natal adalah kata yang baik.


3)Jangan Berkata Buruk

Dan persamaan kata yang buruk seperti pokok yang buruk - membantun di atas bumi, tanpa kestabilan. (14:26)

*Ulasan Kami:
Haram seperti pada fatwa di atas adalah kata yang buruk, sebab Allah tidak menganjurkannya.


4)Jangan Sombong

Janganlah memalingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri. (31:18)

*Ulasan Kami:
Bersikap negatif terhadap Hari Natal dan orang-orang yang meraikannya adalah sombong.


5)Jangan Mencaci Mereka Yang Tidak Sehaluan Dengan Kita

Janganlah mencaci-maki orang-orang yang menyeru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami menampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia memberitahu mereka apa yang mereka buat. (6:108)

*Ulasan Kami:
Hukum haram itu serupa mencaci, kerana ia juga bermaksud tidak suci atau kotor.

Keburukan yang lahir daripada fatwa haram itu adalah banyak. Ia lahir kerana tidak ikut ajaran al-Qur'an. Bukankah peranan ulama untuk memastikan orang-orang Islam mengikuti Tuhan mereka, Allah, dan Kitab-Nya dengan taat? Dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan di kalangan masyrakat dengan fatwa-fatwa berdarjat separuh pandai.

Maaf dan Salam.:) <3

Sunday 18 December 2011

Contest Time (Y)

Hey peeps :), Efah kembali, jeng jeng jeng, haha. Tapi sekarang Efah bukan nak story ka apa. Tpi Efah nak 'ajak' Kawan-kawan or reader join contest yang Efah buad. Nak join ta? okay, Contest dya macam ni. Dya kena hantar gambar cantik-cantik. But ikut suka hati la nk edit macam mna pun. btw, gambar tu mesti dengan BEAR KESAYANGAN korang. The contest tittle is, memories with pet bear. haha. Mengarut kan tajuk dya -.-'.

Cara-cara dya :
First, semua ada facebook account right? so, bukak facebook account tu dulu. then pergi dekat search cuba cari Afifah Aziz (page) . Klik 'Like' . kalau dah edit dah ada gambar dgn tedy bear tu just upload dekat wall page tu. n kasi tau , nama bear tu; jumpa dya dekat mna; korang dengan dya dah berapa lama. that's all. semua tu dh cukup untuk Efah :). lepas dah post, efah akan kasi tau dekat korang . baru la korang boleh start suruh orang mengLIKE gambar korang.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT;
SILA BERTANYA DI KAUNTER PERTANYAAN. :)

https://www.facebook.com/profile.php?id=100001876376000
*facebook account


SEKIAN, TERIMA KASIH (Y)

Thursday 15 December 2011

Love Them :')

Assalamualaikum warga blogger :) ..
Hari ni Efah nak story something sikit pasai kawan-kawan Efah yang dah lama Efah ta jumpa.
Seriously, Efah rindu gila gila gila gila dekat diorang. Sebab diorang la yang bagi Efah sengeh seorang-2 haha :P *opss kantoi .
Efah paling rindu time dalam kelas. Alahaii.. bising  gila kami. haha, biasa la mulut kami kan hingak sikit. Dah la class kami 'near with teacher's room' macam gampang.. haha, Efah rasa kami dah berpuluh-puluh kali dah kena tegur dengan guru disiplin sebab kami bising ja. Time exam pun sama asyik dok potpet ja memang. Kata guru disiplin. Ceewahhh. :p . Btw, kami paling suka kalau kami bersepakat. Nak tau kami sepakat dlam apa? jeng jeng jeng , kalau ustaz kami bagi kerja gerenti kami ta siap punya. So, kami hasut la semua orang jangan bagi diorang buad. Baru la ustaz ta marah hehehhe. TERA ta kami . haha. Sebab kalau ramai yang ta buad ustaz ta marah. kalau 5,6 orang ja ta buad mesti ustaz marah punya. haha, kami kan sehati sejiwa. Acecey.. sweet ta . haha. Yang ta boleh blah, Efah panggil Imran Muharom  'Biyy' . haha. Dya hubby aku dalam kelas 'jaa'. haha.

    Td story dlam kelas, Now story pasal SENIOR :). Efah memang rapat dengan semua  senior punn.. Biasa la Efah ni jenis yang suka tegur orang, walaupun Efah sendiri ta kenal orang tu. Tp lama-lama kitaorang jadi kawan jugakk. haha . See~ bertapa hebatnya Efah ni, alahaii, puji diri sendiri la pulakk. haha.Anyway, Efah ada geng senior yang Efah SAYANG sangat sangat :) *cewahh, ada geng tu babe* haha. Tp sekarang diorang makin menghilang :( . Biasa la BUDAK HOT mna la nak kawan dengan budak kecik macam kite kannn . Tpi tape, Efah ta kisah sangat, sebab Efah dah cukup puas hati sebab diorang dh pernah buad Efah gelak macm puntianak.  Diorang sendiri yang cakap kayy.
 










. Hot kan diorang :') <3


Ni Ha... Muka-2 senior Efah. Hot kann :)

kan Efah nak cakap kami ni BUAS :P




time ni mandi dekat waterfall, but lupa dah dekat mana. semua ni budak-2 hot ja, cuma Efah ja ta hot :)






ganu kitee.. haha, time ni kita orang dekat muzium. cute kan diorang :)
















I LOVE YOU LARH , Mmuahh <3 
you all are supa dupa perfect friends. :)

Thursday 8 December 2011

Hey babe :) i'm new in blogger, ceewahh, english nampak. haha :3 btw, how are? aku? aku sihat je .. don't worry :]. if boleh  follow la blog aku yang ta seberapa ni . ouch malas?it's okay :) but, lain kali mesti follow tau. janji? kayy.. budak baik :) sayang awokkk.. Mmmuahh sikit :* <3<3<3 . hahaha, gedik gila kan? -,-'.

       btw, nama aku Noor Afifah Bt Abdul Aziz . Orang panggil aku Efah, Fifah, Pipah, Pah, Fah, Adek, Ketot, Pendek, Akak. Ouch, banyakkan gelaran aku? haha.. Aku bukan kisah sangat orang nak panggila aku apa. Yang penting oranf tu ta lupa dekat aku :) kan? Now i'm 14 in this year '2011' but in next year i'm 15. Ouch, aku dah tua la -,-', yang paling ta syiokk nya next year aku PMR la. WTFishCake :p . haha. Hope dpat full A. Pray for me okay :D. Okayy, now aku tinggal dekat Taman Kerian , 34200, Parit Buntar, Perak, Darul Ridzuan :) tau? kayy, dekat ta dengan rumah korang? Ouch, dekat? Good, boleh la kita meet kan? :) Tapi kalau jauh tu tape-2 nanti kalau ada jodoh boleh la kita meet kan? :) . Sekolah aku dekat jea.. Dekat dengan Parit Buntar. Hahaha, kayy, aku Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru. tau? "SMKPB" Ramai yang kata SMK Parit Bntar -,-' hahaha kelakar la :)
   
           anyway, this my biodata , how about you dear? :))