Assalamualaikum,
Hey awak awak sekalian :D Efah disini. Ceewahhh, haha :)
Hari natal kan nak dekat dah kan. So, Efah ni kan orang Islam. Efah tau reader-reader dekat luar sana tu pun Islam and ada jugak yang kristian dan sebgainya. But, this post for MUSLIM :) thank you. Efah nak kasi tau serba sedikit ilmu yang Efah dapat and Efah nak kongsi ilmu ni dengan korang. Sebab, kata orang tua. Kita tidak boleh kedekut ilmu sebab nanti ta berkat. haha kannn :)
Now, sila la baca, BACA kayy. Jangan ta baca pulak. selamat membaca (Y)
Adalah menurut kehendak Allah seperti dirakamkan di dalam Kitab-Nya, supaya manusia hidup mengenali satu sama lain dan aman damai.
Hari Natal dirai untuk memperingati kelahiran Nabi Isa, yang dipercayai berlaku di antara 7 dan 2 SM. Tanggal 25 Disember pula tidak difikirkan sebagai tarikh sebenar kelahirannya, dan tarikh tersebut telah dipilih untuk secocok dengan suatu perayaan Rom musim sejuk, iaitu ibadah menyanjung Mithra, yang popular di kalangan golongan tentera mereka.
Para pengkaji al-Qur'an pula turut mengatakan tarikh tersebut bukan tarikh Isa dilahirkan berdasarkan ayat di mana Mariam disuruh "Goyangkanlah kepada kamu batang palma; ia akan menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak" (19:25) ketikan dia dalam kesakitan sejurus sebelum melahirkannya. Mereka berpendapat waktu buah kurma mudah digugurkan dengan mengoyangkan batang pokoknya adalah bukan bulan Disember tetapi Oktober (kalau kami tidak silap).
Apapun, mereka telah menetapkan untuk memperingati kelahiran Isa dan memilih tanggal 25 Disember sebagai hari meraikannya.
Kelahiran Isa, seoang Nabi Islam yang membawa Kitab Allah, adalah suatu mukjizat, tanda kebesaran-Nya, disebut di dalam al-Qur'an, dan dipercayai oleh semua orang Islam kerana wajib mempercayainya. Kalau orang-orang Islam enggan meraikan kejadian besar itu, mengapa pula memfitnah orang-orang yang ingin berbuat demikian? Fitnah dibangkitkan oleh para ulama mereka dengan fatwa haram bukan sahaja untuk meraikannya malah mengucap Selamat Hari Natal pun haram juga.
Pertanyaan diteruskan. Mengapa pula meraikan kelahiran Nabi Muhammad, yang turut tidak disuruh Allah? Adakah kerana al-Qur'an? Bagaimana pula dengan Injil yang juga wajib dipercayai?
Atau sengaja ingin membezakan antara Nabi-Nabi-Nya? Tidakkah ada disebut larangan ke atas amalan membeza-bezakan para Nabi Allah di dalam mana-mana kitab yang mereka imani? Jawapannya, tentu tidak ada.
Tetapi di dalam Kitab Allah ada. Al-Qur'an menyebutnya bukan sekali sahaja, malah lebih daripada itu, seperti berikut:
"Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.'" (2:136)
"Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.'" (3:84)
Dan bagi rasul juga dua kali (bukankah Isa seorang rasul Allah?):
"Rasul percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. "Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara rasul-rasul-Nya." Mereka berkata,"Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan.'" (2:285)
"Dan orang-orang yang percaya kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan mereka tidak membeza-bezakan antara seorang pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan memberikan mereka upah mereka; Allah adalah Pengampun, Pengasih." (4:152)
Kalau disebut hanya sekali boleh beri alasan terlepas pandang. Tapi kalau empat kali, apakah pula alasan untuk membezakan para Nabi dan rasul Allah? Alasannya tiada lain, melainkan "Kami dengar dan kami menentang".
Ayat-ayat Allah diajar supaya diingkari. Tambahan kepada ayat-ayat tadi fatwa tersebut turut menyuruh orang-orang Islam hidup bertentangan dengan ajaran al-Qur'an. Sehubungan itu, kami rujuk artikel Etiket Hidup Anjuran Quran karangan Azahidi (terima kasih sahabat!), dan petik beberapa tajuk kecil, yang kemudiannya kami selitkan sedikit ulasan supaya maksud kami menjadi jelas, dan mereka disenaraikan di bawah ini:
1) Buat Kebaikan
Yang betul, untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa bagi mereka upah yang baik, (18:2)
Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan upah orang yang amalannya baik. (18:30)
*Ulasan Kami:
Memberi ucap Selamat Hari Natal dan berkunjung ke rumah apabila dijemput, pada hemat kami, adalah melakukan kerja kebaikan.
2)Berkata-kata Dengan Baik
Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah membuat persamaan? Kata yang baik seperti pokok yang baik - akarnya teguh, dan cabangnya di langit, (14:24) Ia memberikan hasilnya setiap masa dengan izin Pemeliharanya. Begitulah Allah membuat persamaan-persamaan bagi manusia supaya mereka mengingati. (14:25)
*Ulasan Kami:
Memberi ucap Selamat Hari Natal adalah kata yang baik.
3)Jangan Berkata Buruk
Dan persamaan kata yang buruk seperti pokok yang buruk - membantun di atas bumi, tanpa kestabilan. (14:26)
*Ulasan Kami:
Haram seperti pada fatwa di atas adalah kata yang buruk, sebab Allah tidak menganjurkannya.
4)Jangan Sombong
Janganlah memalingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri. (31:18)
*Ulasan Kami:
Bersikap negatif terhadap Hari Natal dan orang-orang yang meraikannya adalah sombong.
5)Jangan Mencaci Mereka Yang Tidak Sehaluan Dengan Kita
Janganlah mencaci-maki orang-orang yang menyeru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami menampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia memberitahu mereka apa yang mereka buat. (6:108)
*Ulasan Kami:
Hukum haram itu serupa mencaci, kerana ia juga bermaksud tidak suci atau kotor.
Keburukan yang lahir daripada fatwa haram itu adalah banyak. Ia lahir kerana tidak ikut ajaran al-Qur'an. Bukankah peranan ulama untuk memastikan orang-orang Islam mengikuti Tuhan mereka, Allah, dan Kitab-Nya dengan taat? Dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan di kalangan masyrakat dengan fatwa-fatwa berdarjat separuh pandai.
Maaf dan Salam.:) <3